Rory McIlroy. FOTO AFP
Rory McIlroy. FOTO AFP
AFP

RORY McIlroy meletakkan sasaran melakar sejarah dalam Jelajah PGA minggu ini ketika dia menumpukan untuk mengekalkan kejuaraan Players Championship.

Pemain nombor satu dunia itu tiba di Ponte Vedra Beach, Florida dengan sasaran menjadi pemain pertama untuk melakar kejuaraan berturut-turut di TPC Sawgrass.

“Saya tidak fikir kamu memerlukan motivasi tinggi apabila kembali ke kejohanan golf ini, tapi untuk menjadi yang pertama mengekal kejuaraan di sini pastinya sesuatu yang sangat hebat,” kata McIlroy kepada pemberita.

McIlroy akan melakukan tee off pada Khamis selepas persembahan hebat musim ini menyaksikannya berada di kedudukan lima teratas dalam enam permulaan.

Dia mahu melakar kejayaan di Arnold Palmer Invitational minggu lalu tapi gagal bersaing selepas dua kali bogey pada pusingan final.

Sekalipun, pemain Ireland Utara kelihatan cukup biasa antara permulaan awal pada musim ini dan tahun lalu, apabila dia merangkul kemenangan jelajah pertama pada 2019 di The Players selepas mempamerkan aksi konsisten sepanjang kejohanan.

“Adalah menarik untuk kembali semula di sini,” kata McIlroy.

“Ada banyak persamaan antara tahun ini dan tahun lepas bagi sudut bagaimana saya beraksi untuk beberapa acara pertama sepanjang tahun, memberi peluang kepada saya untuk perubahan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2020 @ 2:40 PM