Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp. FOTO AFP
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp. FOTO AFP
Agensi

JURGEN Klopp berkata hasrat mengatasi rekod 100 mata dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) semusim milik Manchester City tetap menjadi sasaran Liverpool.

City mencatat rekod 100 mata pada musim 2017-18 ketika kejuaraan saingan musim ini sah menjadi milik Liverpool.

Bagaimanapun, skuad kendalian Klopp yang tewas 0-4 ke atas City yang di bimbing Pep Guardiola hari ini hanya mencatat kekalahan kedua musim ini.

Liverpool mampu mencapai maksimum 104 mata pada kempen musim ini dan Klopp berkata rekod berkenaan memberi motivasi kepada pasukannya.

"Lihat, kami tidak boleh memaksanya. Untuk ke sana, memenangi aksi bola sepak, kami tidak melakukannya ketika berdepan City," kata pengurus The Reds itu.

"Jadi, pertama sekali, kami perlu pastikan bersedia untuk menentang Aston Villa. Kutipan mata di penghujung musim adalah hasil daripada keputusan yang kami raih.

"Saya memberitahu, anda sedar kutipan gol adalah sesuatu yang sering kami catat tetapi tidak ketika berdepan City."

Liverpool bakal melengkapkan jadual saingan EPL berdepan Villa, Brighton, Burnley, Arsenal, Chelsea dan Newcastle United.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Julai 2020 @ 9:09 PM