Reuters

Liverpool: Pemburuan Liverpool untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim terakhir pengurus Juergen Klopp dengan pasukan itu mengalami tamparan hebat apabila tewas 0-1 kepada Crystal Palace di Anfield yang menyebabkan mereka berada di tangga ketiga.

Eberechi Eze menjaringkan gol pada minit ke-14 untuk mengejutkan penyokong setia di Anfield dalam keputusan mengecewakan kali ketiga berturut-turut untuk Liverpool.

Anak buah Klopp mengumpul 71 mata dengan Arsenal di tangga kedua, yang bermain lewat malam ini, dan dua mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Tyrick Mitchell mendapati Eze tidak dikawal di dalam petak penalti sebelum melakukan hantaran cantik.

Eze menyudahkan jaringan dengan sentuhan pertamanya untuk meletakkan Palace di hadapan.

Liverpool sebelum ini tumpas 0-3 kepada Atalanta pada perlawanan suku akhir pertama Liga Europa dan seri 2-2 dengan Manchester United pada aksi liga sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 April 2024 @ 11:14 PM