Donnarumma penjaga gawang utama AC Milan. FOTO Agensi
Donnarumma penjaga gawang utama AC Milan. FOTO Agensi
Agensi

PAOLO Maldini percaya Gianluigi Donnarumma adalah antara penjaga gol terbaik di dunia ketika Milan berusaha mengekalkan bintang Itali itu.

Donnarumma berjaya memastikan tempatnya di posisi penjaga gol nombor satu di kelab yang diminati pada zaman kanak-kanak, Milan sejak penampilan pertama berusia 16 tahun pada 2015, bagaimanapun nasib masa depannya kerap diperkatakan.

Minat dari pasukan seperti Real Madrid, Paris Saint-Germain dan Chelsea yang kerap dikaitkan dengan Donnarumma yang juga pemain kebangsaan Itali.

Penjaga gol itu dijangka tamat kontrak pada 2021 ketika Milan dipercayai akan membincangkan kontrak baharu.

Malah Pengarah Teknikal Milan, Maldini meluahkan pujian terhadap aksi dipamerkan Donnarumma ketika pasukan itu mencatat kemenangan 2-0 dalam saingan Serie A Itali ke atas Roma di San Siro malam tadi.

"Ia sememangnya tugas Milan untuk cuba dan mengekalkan pemain penting seperti Gigio, dengan apa yang dipersembahkan menjadi tanda utama.

"Dia adalah pemain yang dicungkil dari akademi remaja kami dan tidak dinafikan dia antara penjaga gol terbaik di dunia," kata Maldini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2020 @ 12:30 PM