DONNARUMMA (tengah) masih belum membuat keputusan pasukan baru yang bakal disertainya. FOTO Agensi
DONNARUMMA (tengah) masih belum membuat keputusan pasukan baru yang bakal disertainya. FOTO Agensi
AFP

Milan: Gianluigi Donnarumma akan meninggalkan AC Milan, jelas pengarah kelab, Paolo Maldini tatkala penjaga gol Itali itu bersedia untuk mencari kelab baru.

Kontrak Donnarumma dengan Milan akan berakhir hujung bulan ini dan dia dikaitkan akan berpindah ke gergasi La Liga, Barceloa dan Real Madrid, selain Manchester United dan seteru Serie A, Juventus.

"Kita harus menunjukkan hormat kepada sesiapa yang memberikan segalanya kepada Milan, dia tidak menghormati kami. Kami akan melalui jalan yang berbeza namun saya mahu mengucapkan selamat maju jaya kepadanya," kata legenda Milan, Maldini.

Juara Eropah sebanyak tujuh kali itu menamatkan saingan di tempat kedua Serie A hujung minggu lalu, sekali gus memastikan slot ke Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak musim 2013/14.

Donnarumma sentiasa beraksi dalam skuad bimbingan Stefano Pioli, yang sebelum ini mampu mencabar kejuaraan liga sebelum tercicir pada separuh kedua kempen.

"Saya rasa kita patut berterima kasih kepada semua pemain yang terbabit dalam musim ini, 'Gigio' adalah seorang pemimpin dan sering kali menjadi ketua pasukan," kata Maldini.

Donnarumma, 22, dikategorikan sebagai salah seorang penjaga gol terbaik dunia dan akan berada dalam skuad Itali bimbingan Roberto Mancini bagi sangan Euro 2020.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Mei 2021 @ 1:37 PM