MCGREGOR dilihat sedang memberikan makanan kepada ikan di kolam. FOTO Agensi
MCGREGOR dilihat sedang memberikan makanan kepada ikan di kolam. FOTO Agensi
Agensi

CONOR Mcgregor sudah mula mencari kehidupan baharu untuk menghilangkan rasa bosan selepas bersara daripada saingan UFC.

Bekas juara featherweight dan lightweight itu dilihat memberi makanan kepada ikan selain berlatih bermain golf.

Sensasi sukan tempur itu mengejutkan dunia sukan apabila mengumumkan persaraan demi mendapatkan kehidupan lebih baik.

Bintang Ireland itu kemudian mendedahkan dia mengambil keputusan untuk bersara daripada saingan UFC kerana ia tidak lagi memberi keseronokan kepada dirinya.

MCGREGOR ketika aktif beraksi. FOTO AFP
MCGREGOR ketika aktif beraksi. FOTO AFP

Di sebalik rutin biasa melakukan persediaan untuk pertarungan seterusnya, bintang berusia 31 tahun itu kini lebih berminat memberi makanan di kolam ikan dan bermain golf.

Dia berkongsi beberapa keping gambar bersama 36.7 juta pengikutnya di Instagram yang menyaksikan dirinya menggemari kehidupan baru itu di sebuah kawasan tenang hartanah miliknya.

McGregor dilihat memberikan makanan di kolam ikan sebelum ke kawasan lapang untuk bermain golf.

Bintang MMA itu juga pernah dilihat menunggang jet ski di perairan Ireland selepas mengumumkan persaraannya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2020 @ 12:01 PM