MCGREGOR akan bertemu Poirier pada 23 Januari. FOTO AFP
MCGREGOR akan bertemu Poirier pada 23 Januari. FOTO AFP
Agensi

Dublin: Conor McGregor berjanji kepada penyokongnya untuk mempamerkan prestasi paling terbaik apabila kembali ke UFC bertemu Dustin Poirier.

McGregor akan bertemu dengan bintang Amerika Syarikat (AS) itu pada 23 Januari yang juga perlawanan pertamanya pada tahun ini.

Menerusi akaun Twitter miliknya, McGregor menulis: "Saya berjanji persembahan paling hebat."

McGregor dilihat lebih bersikap profesional kali ini apabila mengumumkan sudah meninggalkan seketika tabiat minum arak khususnya jenamanya sendiri, Proper 12 Whiskey menjelang perlawanan itu.

Bintang Ireland itu melancarkan jenama berkenaan pada 2018 yang dinamakan sempena tempat kelahirannya di Dublin.

Kebiasaannya dia sering bergambar dan dirakam menikmati minuman arak itu.

Bagaimanapun awal minggu ini, dia mendedahkan akan berhenti meminum arak buat seketika sehingga perlawanan bertemu Poirier pada 23 Januari di UFC 257.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 January 2021 @ 8:58 PM