KHABIB (kiri) ketika bertemu McGregor di Las Vegas dua tahun lalu. FOTO Agensi
KHABIB (kiri) ketika bertemu McGregor di Las Vegas dua tahun lalu. FOTO Agensi
Agensi

Dublin: Conor McGregor mendakwa Khabib Nurmagomedov mengumumkan persaraan kerana mahu mengelak daripada tewas jika kedua-duanya bertarung kali kedua di UFC.

Khabib yang tidak pernah tewas, mengumumkan persaraannya minggu lalu selepas menewaskan Justin Gaethje di UFC 254.

Bintang Ireland itu tewas menerusi gerakan kuncian dua tahun lalu ketika bertemu Khabib di Las Vegas.

Selepas itu, kedua-duanya sering bertelagah antara satu sama lain ketika sesi temuramah atau pun di media sosial.

Bagaimanapun ketika ditanya pendirian sebenarnya mengenai Khabib di Twitter, McGregor berkata: "Seorang petarung yang luar biasa."

"Yang terbaik ketika era ini. Bagaimanapun saya sudah mempunyai jawapan (untuk menewaskannya) dan mereka menyedarinya."

Khabib menewaskan Dustin Poirier dan Gaethje selepas kemenangan ke atas McGregor sebelum mengumumkan persaraannya minggu lalu.

Dia bersara selepas melebarkan rekod bersih 29-0 kerana sudah berjanji kepada ibunya bahawa pertemuan dengan Gaethje adalah pertarungan terakhirnya.

Bagaimanapun, Presiden UFC, Dana White menjangkakan Khabib akan kembali beraksi semula.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2020 @ 10:04 PM