GAMBAR McGregor di edit terlantar di katil hospital. FOTO Agensi
GAMBAR McGregor di edit terlantar di katil hospital. FOTO Agensi
Agensi

London: Kekalahan Conor McGregor kepada Dustin Poirier pada UFC 257 semalam menyaksikan bintang Ireland itu menerima ejekan di media sosial.

Bintang berusia 32 tahun itu tewas seawal pusingan kedua pada perlawanan utama UFC 257 di Abu Dhabi yang juga pertemuan kedua membabitkan dirinya dengan Poirier.

McGregor kini sudah tewas tiga daripada enam perlawanan terakhir di oktagon dengan setiap kekalahan yang dialaminya berlangsung agak sengit.

Selepas berjanji mahu menewaskan Poirier menerusi kiraan KO, peminat nampaknya sudah bosan dengan perangai McGregor apabila menggunakan media sosial sebagai platform untuk mengejek Notorious.

Rata-rata mereka mengedit gambar McGregor terbaring tidak bermaya di atas lantai selepas menerima tumbukan padu daripada Poirier.

SEKEPING lagi gambar McGregor dilihat tidur di meja sekolah. FOTO Agensi
SEKEPING lagi gambar McGregor dilihat tidur di meja sekolah. FOTO Agensi

Salah satu gambar menarik yang di edit menyaksikan McGregor seolah-olah dipeluk ahli politik Amerika Syarikat (AS), Bernie Sanders dari belakang.

Manakala sekeping lagi gambar edit menyaksikan Sanders duduk di sebelah McGregor yang terlantar di atas katil hospital.

Selain itu, gambar McGregor juga di edit seperti sedang tidur di meja sekolah dan tidur nyenyak di atas sofa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2021 @ 10:31 PM