McGregor ada bakat bermain bola sepak.
McGregor ada bakat bermain bola sepak.
Agensi

CONOR McGregor antara bintang sukan yang memiliki kepantasan dengan kedua-dua belah tangan malah legenda UFC itu membuktikan dia juga cekap menggunakan kaki.

The Notorious mempamerkan skil bola sepak buat Sergio Ramos sehari selepas kapten Real Madrid meniru gaya berjalan jaguh seni bela diri campuran itu ketika latihan.

Bintang Ireland memuji 'bro Sergio' selepas pemain yang memenangi Piala Dunia bersama Sepanyol itu berkongsi klip video menyaksikan dirinya melakukan aksi berjalan seperti McGregor.

Dan atlet berusia 32 tahun itu kembali menjadi sebutan selepas beberapa video menyaksikan dia mempamerkan skil bola sepak.

McGregor didapati bermain bola sepak bersama rakan-rakannya dan pasukan bola sepak tempatan, Black Forge FC.

Jaringan menariknya dari luar kotak penalti selain aksi dia menendang bola dari sudut sukar menarik perhatian ramai. Dia juga dikatakan sering terbabit membantu perancangan kelab tempatan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2020 @ 2:03 PM