KHABIB (kiri) meminta Ferguson (kanan) untuk bangkit semula selepas tewas kepada Gaethje. FOTO Agensi
KHABIB (kiri) meminta Ferguson (kanan) untuk bangkit semula selepas tewas kepada Gaethje. FOTO Agensi
Agensi

KHABIB Nurmagomedov memberitahu Tony Ferguson untuk bangkit semula selepas tewas di tangan Justin Gaethje di UFC 249.

Gaethje dinobat sebagai pemenang pada pertemuan Sabtu lalu selepas perlawanan dihentikan di pusingan kelima dengan Ferguson dilihat mengalami kecederaan teruk dimukanya.

Ferguson pada awalnya dijadualkan bertemu Khabib namun pandemik Covid-19 menyaksikan petarung Russia itu tidak dapat kembali ke Amerika Syarikat.

Bintang berusia 31 tahun itu bagaimanapun menunjukkan sikap profesional apabila menyampaikan mesej kepada Ferguson di media sosial miliknya.

"Apa juga yang berlaku sudah berlalu. Bangkit Tony, saya harap anda dan keluarga berada dalam keadaan baik.

"Apabila anak lelaki anda membesar, dia pasti berasa bangga dengan anda," katanya.

Kemenangan Gaethje menyaksikannya bakal bertemu Khabib pada perlawanan seterusnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mei 2020 @ 10:37 PM