Tony Ferguson. FOTO Agensi
Tony Ferguson. FOTO Agensi
Agensi

TONY Ferguson bersedia untuk kembali ke gelanggang UFC dan kemungkinan berdepan Dustin Poirier.

Atlet berusia 36 tahun itu melakukan persediaan akhir berdepan juara lightweight, Khabib Nurmagomedov pada Mei lalu.

Tetapi, Khabib, 31, terpaksa menarik diri berikutan sekatan perjalanan kerana pandemik Covid-19 - dengan Justin Gaethje menggantikan tempatnya.

Ferguson dibelasah oleh Gaethje yang mempamerkan aksi bertenaga sehingga membuatkan lawan KO pada pusingan kelima.

Kini atlet seni bela diri campuran (MMA) itu bakal berdepan Poirier dalam saingan kejuaraan lightweight yang dirancang UFC dan ia disahkan bos UFC, Dana White.

Khabib pula dijangka bersedia untuk pertarungan mempertahankan kejuaraannya berdepan juara interim, Gaethje, 31, pada Oktober ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Ogos 2020 @ 3:46 PM