Nadal (kiri) dan Kyrgios seteru tenis. FOTO Agensi
Nadal (kiri) dan Kyrgios seteru tenis. FOTO Agensi
AFP

JAGUH tenis Australia, Nick Kyrgios mempelawa Rafael Nadal untuk menyahut cabaran melangsungkan siaran video sekalipun hubungan mereka ketika bersaing di gelanggang agak 'panas'.

Ketika Covid-19 menyebabkan saingan tenis musim ini tertangguh sehingga sekurang-kurangnya 13 Julai, beberapa bintang tenis kebelakangan ini menjadikan media sosial sebagai platform bertukar pandangan antara satu sama lain.

Selepas cadangan BBC menerusi saluran facetime, Kyrgios bertindak balas dengan pantas untuk menyahut cabaran itu.

"Rafa mari lakukan siaran langsung Instagram bersama. Saya tidak akan ketinggalan dengan trend ini. Rafael Nadal mari lakukan," tulis pemain Australian di Instagram.

Kyrgios dan Nadal mempunyai sejarah yang kurang baik di gelanggang.

Tahun lalu, juara 19 kali Grand Slam mendakwa pemain Australia itu 'kurang perasaan hormat' selepas Kyrgios memenangi pertemuan sengit di Mexico.

Kyrgios memberi maklum balas dengan menyatakan pemain nombor dua dunia dari Sepanyol itu "terlebih garam".

Mereka kemudian bertemu semula di Wimbledon musim panas tahun lalu dengan kemenangan berpihak kepada Nadal.

Di mana perlawanan itu turut menyaksikan pemain Australia itu melepaskan geram dengan memukul bola ke arahnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mei 2020 @ 11:39 AM