KYRGIOS bersama ibunya. -FOTO Agensi
KYRGIOS bersama ibunya. -FOTO Agensi
Agensi

London: "Saya mahu dikenang sebagai seorang yang melakukan dengan cara mereka tersendiri," kata Nick Kyrgios kepada Brisbane Courier Mail, "Tidak pernah mematuhi peraturan yang masyarakat atau dunia tenis mahu anda buat."

Maverick. Individualis. Semangat bebas. Tidak ortodoks. Segala label yang diletakkan kepada Kyrgios.

Dalam satu tempoh, ucapan itu digunakan dalam erti kata lain merendahkan kemampuannya.

Bagi kebanyakan orang, paling tidak Kyrgios, mara ke final Wimbledon di mana dia akan menentang juara Grand Slam 20 kali, Novak Djokovic di gelanggang utama adalah hari yang tidak pernah mereka sangka akan tiba.

Tiga tahun lalu di Terbuka Australia apabila kedengaran bunyi bising, dengan kawalan rapi, tekanan dan kebimbangan menembusi jiwa Kyrgios mendorongnya di ambang untuk membunuh diri.

"Itu adalah saya tiga tahun lalu di Terbuka Australia," Kyrgios memulakan pengakuan luar biasa di Instagram, berkongsi gambar sebelum dia menentang Rafael Nadal di Melbourne.

"Kebanyakan akan menganggap saya sihat secara mental atau menikmati hidup saya. Ia adalah salah satu tempoh paling gelap saya. Jika anda melihat dengan teliti di lengan kanan saya anda boleh melihat bahaya pada diri saya.

"Saya mempunyai pemikiran untuk membunuh diri dan benar-benar bergelut untuk bangun dari katil apatah lagi bermain di hadapan berjuta-juta orang.

"Saya kesepian, tertekan, negatif dan menyalahgunakan alkohol, dadah, menolak keluarga dan rakan-rakan. Saya merasakan seolah-olah saya tidak boleh bercakap atau mempercayai sesiapa.

"Ini adalah hasil daripada tidak membuka diri dan enggan bersandar kepada orang yang saya sayangi dan hanya mendorong diri saya sedikit demi sedikit untuk menjadi positif."

Kyrgios, untuk segala yang pernah dilaluinya, adalah seorang lelaki yang menyayangi keluarga, seorang yang berdedikasi dan sering mengurangkan masa yang dihabiskan untuk perlawanan tenis untuk dekat dengan ayah dan ibunya Nill.

Kyrgios dibesarkan di Canberra dan tinggal di rumah bernilai AS$1.6 juta (RM7.08 juta) di Kensington, Sydney dengan teman wanitanya seorang pempengaruh Costeen Hatzi, dikenali dengan keistimewaan mengendalikan rancangan di jelajah ATP .

Kyrgios dilahirkan di Canberra pada 27 April 1995, anak ketiga kepada lelaki berbangsa Yunani seorang pelukis yang bekerja sendiri. Bapanya berpindah ke Australia ketika remaja dan ibu warga negara Malaysia dikenali Norlaila yang lebih mesra dikenali sebagai Nill.

Namun ibunya itu kini tidak dapat melihatnya beraksi di pentas akhir Wimbledon kerana sedang sedang sakit.

Kyrgios mengesahkan ibunya yang berasal dari Malaysia, Norlaila akan kekal di rumah di Canberra sementara menunggu pemindahan buah pinggang.

Dia yang sudah bertahun-tahun mengikuti jadual perlawanan Kyrgios di seluruh dunia, namun kini tidak lagi boleh menonton aksi itu dan hanya mengetahui perkembangan anaknya di internet atau menerusi panggilan telefon daripada duduk dalam keadaan berdebar.

Bercakap selepas mencatat kemenangan ke atas Cristian Garin di suku akhir, Kyrgios berkata ia terlalu berisiko untuk Nill (Norlaila) berada di Wimbledon.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Julai 2022 @ 11:08 AM