BEBERAPA presiden kelab Serie A mencadangkan saingan musim ini dibatalkan. FOTO AFP
BEBERAPA presiden kelab Serie A mencadangkan saingan musim ini dibatalkan. FOTO AFP
Reuters

SAINGAN Serie A musim ini mugkin akan dilanjutkan sehingga September atau Oktober, jelas Persatuan Bolasepak Itali (FIGCC) semalam, memberi makna ia tidak hanya berakhir di atas padang.

Serie A ditangguhkan sejak 9 Mac kerana pandemik Covid-19 yang meragut nyawa 15,887 di Itali, hampir suku daripada jumlah kematian seluruh dunia.

Beberapa presiden kelab mencadangkan saingan musim ini dibatalkan.

“Salah satu perkara yang serius berdepan keadaan kecemasan seperti ini ialah untuk melengkapkan saingan musim 2019/2020 tahun ini.

“Kami sedang berusaha untuk mencari jalan penyelesaian bagi menguruskan perkara ini sebaik mugkin.

“Mungkin ia akan berakhir September atau Oktober? Ia adalah salah satu jangkaan. Jalan untuk mengelak saingan bukan saja untuk musim ini tapi 2020-21 agar ia tidak terkorban kata Presiden FIGC, Gabriele Gravina.

Gravina menjelaskan jika saingan musim ini dibatalkan, saingan bola sepak akan memberi kesan buruk kepada mereka yang mempuyai hak dan kepentingan.

Ia termasuk pasukan pasukan yang tersingkir dan terlepas slot ke saingan Eropah musim depan.

“Kita boleh mengambil risiko dengan membawa perkara ini ke peringkat mahkamah,” katanya.

Khamis lalu, Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) memanggil wakil liga seluruh benua berkenaan untuk melengkapkan saingan masing-masing apabila aksi di atas padang boleh disambung semula.

Badan induk Eropah itu menambah jika sesuatu liga dibatalkan wakil kelab mereka tidak akan diterima beraksi di Liga Juara-Juara dan Liga Europa musim depan.

Gravina berkata, 17 Mei adalah tarikh yang dirasakan sesuai untuk menyambung saingan namun ia hanyalah satu perancangan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 April 2020 @ 12:01 PM