Gabriele Gravina. FOTO File Agensi
Gabriele Gravina. FOTO File Agensi
Agensi

PRESIDEN Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC), Gabriele Gravina, berkata saingan Serie A musim 2019-20 perlu dilengkapkan ketika wabak Covid-19 sedang melanda dunia.

Saingan liga bola sepak utama Itali ditangguh bulan lalu berikutan pandemik Covid-19 dan FIGC menyatakan mereka tidak akan meneruskan kempen sehingga mendapatkan jaminan terhadap kesihatan dan keselamatan semua pihak.

Kerajaan Itali melanjutkan perintah berkurung sehingga 3 Mei, walaupun terdapat laporan di negara itu mencadangkan beberapa kelab bersiap sedia untuk memulakan kembali latihan.

Terus bermain sehingga hujung bulan ini masa masa sama dan melengkapkan musim 2019-20 pada Julai depan.

Beberapa pasukan masih lagi enggan menyaksikan musim ini diteruskan. Di mana menyaksikan juara bertahan, Juventus, mendahului Lazio dengan satu mata selepas 26 perlawanan ketika saingan ditangguhkan tetapi Gravina berharap musim ini dapat disambung dalam kadar segera.

“Saya ulang apa yang ingin dikatakan: Serie A akan bersambung apabila terdapat jaminan terhadap keselamatan dan kesihatan atlet dan mereka yang bertugas bersama kelab," kata Gravina kepada Sky Calcio Club.

“Kami akan bermesyuarat pada 15 April ini bersama beberapa barisan teknikal dan wakil saintifik berkaitan untuk membincang langkah seterusnya.

“Harapan kami liga akan dapat diteruskan dengan secepat mungkin dan perlu melengkapkan musim ini. Terdapat implikasi negatif yang perlu dihadapi jika gagal melakukannya.”

Covid-19 meragut 114,170 nyawa di seluruh dunia, dengan lebih 1,851,400 kes disahkan positif.

Itali yang masih lagi kekal dalam perintah berkurung merekodkan 19,890 kematian dan lebih daripada 156,360 kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 April 2020 @ 1:01 PM