CALVERT-Lewin (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
CALVERT-Lewin (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
AFP

Burnley: Dominic Calvert-Lewin menjaringkan gol ke-11 di Liga Perdana Inggeris setakat ini untuk membantu Everton meraih satu mata ketika seri 1-1 bertemu Burnley di Turf Moor.

Everton melakukan kejutan di awal musim namun gagal mempamerkan aksi konsisten apabila tewas empat daripada lima perlawanan terakhir liga.

Skuad bimbingan Carlo Ancelotti ketinggalan di awal permainan selepas pemain tengah Burnley, Robbie Brady meledak gol seawal minit ke-3.

Bagaimanapun Calvert-Lewin berjaya menyamakan kedudukan pada hujung babak pertama.

Dengan keputusan itu, Everton kini menduduki tangga ketujuh liga manakala Burnley kekal di kelompok tiga tercorot.

James Rodriguez hampir meletakkan pelawat di depan pada awal babak kedua tetapi dinafikan penjaga gol Burnley, Nick Pope manakala penjaga gol England, Jordan Pickford menafikan cubaan Chris Wood selepas itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Disember 2020 @ 11:18 PM