Sergio Aguero (tengah) menjaringkan gol pembukaan buat City. FOTO AFP
Sergio Aguero (tengah) menjaringkan gol pembukaan buat City. FOTO AFP
Reuters

PEP Guardiola berkata barisan pemain Manchester City begitu dahagakan kejuaraan sebelum aksi final Piala Liga dan kejayaan merangkul trofi ke lapan di bawah pimpinannya membuktikan skuad itu tiada tandingan dalam bola sepak Inggeris.

City memastikan kejuaraan tiga tahun berturut-turut Piala Liga dan kelima dalam tujuh musim terakhir dengan kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa di Wembley awal pagi ini.

Ketika skuad itu berjaya menahan asakan lawan yang mempamerkan kejutan untuk kekal bersaing dalam kejohanan itu dengan aksi sebelah pihak pada separuh masa pertama.

City bagaimanapun berjaya mendahului 2-0 menerusi jaringan Sergio Aguero dan pemain Sepanyol, Rodri hanya dalam masa 30 minit permainan sebelum lawan merapatkan kedudukan menerusi jaringan Mbwana Samatta beberapa minit sebelum tamat separuh masa pertama perlawanan.

Pemain Manchester City meraikan kejayaan muncul juara Piala Liga. FOTO Reuters
Pemain Manchester City meraikan kejayaan muncul juara Piala Liga. FOTO Reuters

Musim pertama mengambil alih tugas, Guardiola membawa City memenangi dua kejuaraan Liga Perdana, tiga Piala Liga serta satu Piala FA dan dua Trofi Komuniti.

Kurangnya kejayaan di peringkat Eropah di bawah bimbingan Guardiola adalah salah satu faktor yang agak memalukan buat kelab berkenaan.

“Kami menang lapan kejuaraan sejak kami bermain final pertama di sini berdepan Arsenal (Piala Liga pada 2017-2018). Kami bersaing dalam 11 kejohanan dan memenangi lapan daripadanya.

“Setiap perlawanan kami akan cuma menang dan melakukan yang terbaik serta termampu untuk kelab ini. Lapan daripada 11 adalah cukup menakjubkan.”

Musim ini City mungkin boleh melakar tiga kejuaraan, dengan Piala FA dan Liga Juara-Juara masih berjalan, tapi Guardiola menyifatkan ia bukan kejayaan sebenar dalam fikirannya kerana hampir pasti di rampas kejuaraan Liga Perdana.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mac 2020 @ 8:29 AM