Guardiola (kanan) memperkatakan sesuatu kepada David Silva ketika perlawanan liga. FOTO Reuters.
Guardiola (kanan) memperkatakan sesuatu kepada David Silva ketika perlawanan liga. FOTO Reuters.
AFP

MANCHESTER City berdepan Burnley esok, antara empat perlawanan penting skuad Pep Guardiola dalam melakar fasa baru dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Barisan bimbingan Guardiola berdepan jadual perlawanan di Turf Moor dengan diikuti berdepan Leicester dan Brighton, ketika City bersaing dengan Liverpool dalam memburu kejuaraan liga.

City berada dua mata di belakang Liverpool selepas pendahulu liga itu merampas semula kedudukan susulan kemenangan 5-0 ke atas Huddersfield.

Namun juara bertahan City hanya perlu menang dalam tiga perlawanan itu untuk memastikan kejuaraan liga milik mereka, selain berdepan final Piala FA menentang Watford pada 18 Mei ini.

Jika kemenangan yang dicatat City bermakna mereka mencatat 26 kemenangan daripada 28 perlawanan terakhir mereka.

City diramalkan mampu melakar sejarah sebagai pasukan pertama dalam sejarah bola sepak Inggeris memenangi tiga trofi peringkat domestik pada satu musim.

Seperti ditakdirkan Guardiola sudah pun berjaya mencapainya dalam kariernya - ketika bersama Barcelona 10 tahun.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola. FOTO Reuters.
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola. FOTO Reuters.

Namun pengurus City itu enggan membanding perkara itu menjelang pertembungan berdepan pasukan sukar, Burnley yang berjaya mengikat Chelsea, 2-2 pada Isnin lalu.

“Kami sudah tersingkir daripada Liga Juara-Juara dan ketika di Barcelona kami mara,” kata Guardiola apabila ditanya mengenai perbandingan dua kempen itu.

“Sekarang kita tidak memikirkan sangat mengenai final Piala FA menentang Watford. Saya cuma lebih mementingkan perlawanan dengan Burnley, Leicester, dan Brighton.

“Cuma tumpu kepada itu. Kami akan menganalisis pada hujung musim berapa banyak kejuaraan. Ia tidak akan mengubah pandangan saya mengenai bagaimana kami lakukan pada musim ini... berapa banyak kejuaraan yang kami menang.

“Semua rasa hormat kepada pemain dan sudah tentu apa yang dilakukan oleh Liverpool.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2019 @ 12:02 PM