SALAH bersama isteri dan anak perempuannya, Makka. FOTO IG Mohamed Salah
SALAH bersama isteri dan anak perempuannya, Makka. FOTO IG Mohamed Salah
Agensi

MOHAMED Salah dan Jordan Henderson menimang cahaya mata baru selepas sembilan bulan kebangkitan luar biasa Liverpool ke atas Barcelona pada saingan Liga Juara-Juara.

Berdepan defisit 0-3 ketika beraksi di separuh akhir kedua, Georginio Wijnaldum dan Divock Origi masing-masing meledak dua gol ketika Reds bangkit menewaskan gergasi Sepanyol itu untuk melangkah ke final Liga Juara-Juara.

Henderson yang juga kapten Liverpool musim lalu dan pemenang kasut emas, Salah, kedua-duanya sekali lagi meraikan kegembiraan selepas detik penuh gemilang di Anfield itu.

Difahamkan, isteri Henderson, Rebecca Burnett melahirkan anak ketiga mereka selepas memiliki dua anak perempuan, Elexa and Alba.

Salah, bapa kepada Makka pula menyaksikan isterinya, Magi, melahirkan seorang lagi anak perempuan.

Henderson menjadi watak penting kepada Liverpool musim lalu apabila mengetuai Reds memenangi Liga Juara-Juara tetapi Salah tidak beraksi ketika itu.

Salah hanya kembali beraksi pada pentas final di Madrid yang menyaksikannya menjaringkan gol ketika Liverpool menewaskan Tottenham Hotspur 2-0.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Februari 2020 @ 11:52 AM