HENDERSON menjaringkan gol namun tidak dikira angkara ofsaid. FOTO Agensi
HENDERSON menjaringkan gol namun tidak dikira angkara ofsaid. FOTO Agensi
Agensi

London: Jordan Henderson hanyalah salah seorang daripada tujuh pemain yang beraksi lebih 50 kali untuk England tetapi masih gagal menjaringkan gol.

Pemain tengah Liverpool berusia 31 tahun itu antara pemain paling berpengalaman dalam skuad Three Lions dengan hanya Raheem Sterling mempunya lebih kap antarabangsa dalam pasukan itu.

Bagaimanapun, Henderson yang menjuarai Liga Perdana dan Liga Juara-Juara bersama The Reds tidak pernah meledak jaringan untuk negaranya.

Terdapat enam lagi bekas pemain England beraksi 50 kali atau lebih yang gagal menjaringkan gol.

Ashley Cole mengetuai senarai dengan 107 perlawanan, diikuti Gary Neville (85) dan Ray Wilson (63).

Henderson dengan 60 kap di tangga keempat manakala Des Walker, Phil Neville (kedua-duanya 59) disusuli Kyle Walker (57).

Henderson hampir menamatkan badi itu ketika mereka menewaskan Republik Czech 1-0.

Dia masuk menggantikan Declan Rice untuk penampilan pertamanya di Euro 2020 dan menolak bola ke gawang yang mungkin jaringan pertamanya bersama England.

Bagaimanapun, gol itu dibatalkan susulan ofsaid sekali gus penantiannya terus berpanjangan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Jun 2021 @ 2:24 PM