Fesyen rambut terbaru Ronaldo di padang latihan. FOTO Juventus FC
Fesyen rambut terbaru Ronaldo di padang latihan. FOTO Juventus FC
Agensi

CRISTIANO Ronaldo memperkenalkan gaya rambut terbarunya ketika Juventus kembali menjalani latihan selepas rehat musim sejuk.

Bekas pemain Real Madrid itu menunjukkan fesyen ‘rambut ikat atas’ terbarunya ketika berada pada sesi latihan terbabit.

Ronaldo dilihat mengawal bola sambil berlari dengan disaksikan oleh rakan sepasukan Miralem Pjanic, semalam.

Pemain antarabangsa Portugal itu beraksi bersama beberapa pemain terhebat di dunia sepanjang kariernya sempat bertemu dengan peminat orang kurang upaya (OKU) yang jelas memberi keseronokan serta pengalaman baru kepadanya ketika di Dubai.

Ali Turganbekov dilahirkan tanpa kaki tetapi keadaan itu tidak menghalangnya bermain bola sepak yang diminatinya untuk memastikan dirinya cergas.

Peminat berusia 12 tahun berasal dari Nur Sultan di Kazakhstan itu tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila berpeluang bermain bola serta bertukar tukar hantaran bersama idolanya.

Ali mempunyai seramai 158,000 pengikut di Instagram juga sempat merakam fotonya bersama bekas bintang Barcelona Xavi dan legenda Real Madrid Iker Casillas.

Bagaimanapun semua itu tidak dapat mengatasi kegembiraan dapat berjumpa Ronaldo.

Dia juga sempat menimang bola beberapa kali bersama bintang Portugal itu selepas keluar daripada pintu untuk bertemunya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Disember 2019 @ 7:07 PM