MOOY (dua dari kanan) jaring gol kemenangan Brighton. FOTO AFP
MOOY (dua dari kanan) jaring gol kemenangan Brighton. FOTO AFP
Reuters

ALIREZA Jahanbakhsh dan Aaron Mooy masing-masing menjaringkan gol sulung buat Brighton & Hove Albion yang kembali mendapat sentuhan, menerusi kemenangan 2-0 ke atas Bournemouth dalam Liga Perdana Inggeris malam ini.

Jahanbakhsh, yang kali pertama diletakkan sebagai kesebelasan utama musim ini, membalas kepercayaan Graham Potter dengan jaringan seawal minit ketiga menerusi rembatan rendah.

Bournemouth mempunyai beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua tetapi pertahanan Brighton Dan Burn dan Lewis Dunk gah di benteng pertahanan untuk membolehkan tuan rumah mendahului 1-0 sebaik tamat separuh masa pertama.

Bek kanan Brighton Burn menyangka dia menjaringkan gol pertama untuk kelabnya juga apabila berjaya membolosi gawang ketika berlaku pergelutan di kawasna penalti.

Bagaimanapun VAR membatalkan jaringan itu kerana ofsaid.

Mooy mempamerkan aksi luar biasa dengan menggandakan kelebihan Brighton pada minit ke-79 apabila menyambut hantaran Leandro Trossard sebelum melakukan sepakan lencong untuk mengatasi penjaga gol Aaron Ramsdale.

Kemenangan itu, yang pertama buat Brighton di laman sendiri dalam empat perlawanan, melonjakkan mereka di tangga ke-13, manakala Bournemouth kekal di tangga ke-16, dua mata di atas zon penyingkiran selepas kekalahan ketujuh dalam sembilan perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Disember 2019 @ 11:46 PM