Odegaard dan Ramsdale akan memperkuatkan Arsenal. FOTO Agensi
Odegaard dan Ramsdale akan memperkuatkan Arsenal. FOTO Agensi
Agensi

London: Arsenal mengesahkan menandatangani pemain tengah Real Madrid, Martin Odegaard dan penjaga gol Sheffield United, Aaron Ramsdale.

Bintang antarabangsa Norway Odegaard, 22, menyertai Gunners sebagai pinjaman pada Januari dan kini kekal sebagai pemain dengan nilai perpindahan £30 juta (RM173.2 juta).

Perjanjian untuk Ramsdale, 23, bernilai £24 juta (RM138.5 juta) dengan tambahan £6 juta (RM34.6 juta).

Dia bersedia untuk diturunkan apabila mereka melayan kunjungan Chelsea Ahad ini, namun Odegaard terpaksa menunggu pelepasan visa.

Bekas pemain Bournemouth, membuat 38 penampilan dalam saingan Liga Perdana bersama Blades musim lalu sebelum disenaraikan dalam skuad England untuk Euro 2020 akan bersama-sama Bernd Leno dan Runar Alex Runarsson sebagai penjaga gol Arsenal.

Kontrak itu diumumkan Gunner semalam selepas mengesahkan Odegaard akan menyertai kelab itu.

Bos Gunners Mikel Arteta berkata: "Aaron adalah penjaga gol muda yang berbakat dan mempunayai pengalaman yang banyak di peringkat antarabangsa bersama England.

"Dia akan memberikan persaingan dan itu yang mahu kami wujudkan. Persaingan sihat dan berkualiti di setiap posisi. Kami mengenal pasti Aaron sebagai pilihan yang ideal.

Ramsdale dan Odegaard menandatangani kontrak empat tahun dengan pilihan tambahan setahun akan menyertai Ben White, Albert Sambi Lokonga dan Nuno Tavares sebagai pemain Arsenal musim panas ini.

Ditanya mengenai Odegaard Arteta berakata: "Banyak perkara yang dilakukannya musim lalu. Dia menjadikan kami lebih baik, kami memerlukan lebih banyak pilihan dan alternatif untuk kreativiti.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Ogos 2021 @ 9:52 AM