ALIREZA berpindah daripada AZ Alkmaar ke Brighton. FOTO/AGENSI
ALIREZA berpindah daripada AZ Alkmaar ke Brighton. FOTO/AGENSI
AFP

LONDON: Brighton menandatangani pemain sayap Iran, Alireza Jahanbakhsh dari AZ Alkmaar dengan rekod yuran perpindahan kelab Liga Perdana itu.

Bagaimanapun, The Seagulls tidak mendedahkan jumlah dibayar kepada kelab Belanda itu untuk membawa masuk Alireza membabitkan kontrak lima tahun.

Alireza tampil dalam tiga perlawanan bersama Iran di Piala Dunia lalu dan juga mengetuai senarai penjaring terbanyak di liga tertinggi Belanda, Eredivise dengan 21 gol daripada 33 perlawanan.

"Kami gembira dan mengalu-alukan kedatangan Alireza ke sini,” kata pengurus Brighton, Chris Hughton dalam satu kenyataan.

“Perkembangan Ali sudah lama kami pantau sejak beberapa tahun lalu dan dia memberi kami pilihan di bahagian serangan.”

"Dia boleh beraksi di pelbagai posisi terutamanya di bahagian tengah dan saya tak sabar bekerja dengannya,” kata Hughton.

Alireza pemain baru kelapan menyertai Brighton selepas kehadiran Florin Andone, Leon Balogun, Yves Bissouma, David Button, Bernardo Fernandes da Silva Junior, Jason Steele and Percy Tau.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Julai 2018 @ 8:20 AM