Skuad Guardiola ketinggalan 14 mata di belakang Liverpool dikendalikan oleh Klopp (kanan, bawah). FOTO REUTERS
Skuad Guardiola ketinggalan 14 mata di belakang Liverpool dikendalikan oleh Klopp (kanan, bawah). FOTO REUTERS
Agensi

BOS Manchester City Pep Guardiola berkata tidak realistik memikirkan untuk mengejar Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi skuadnya mempunyai tugasan yang perlu diteruskan.

Kekalahan kepada Manchester United serta kemenangan Liverpool di Bournemouth menyebabkan juara bertahan EPL itu ketinggalan 14 mata di belakang skuad kendalian Jurgen Klopp.

"Ia bukan masa untuk memikirkan mengenainya," kata Guardiola.

"Kami perlu cuba untuk meneruskan saingan. Masih terdapat banyak perlawanan lagi."

City perlu menang semua baki 22 perlawanan untuk mencapai 98 mata yang mengesahkan gelaran musim lalu.

Mereka juga ketinggalan tiga mata di belakang pasukan tempat kedua, Leicester yang bermain lebih satu perlawanan, memerlukan penurunan prestasi daripada skuad Klopp yang menang 15 daripada 16 perlawanan mereka musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Disember 2019 @ 3:22 PM