Agensi

PERTEMBUNGAN semula derby Berlin selepas tempoh 42 tahun dalam saingan Bundesliga mencetuskan kontroversi, semalam selepas jaringan penalti saat akhir membolehkan Union mengatasi Hertha.

Selepas lama tidak bertemu dalam saingan liga utama Jerman, penyokong kedua-dua pasukan mencetuskan suasana tegang di Stadion An der Alten Forsterei menyaksikan penyokong ultras tuan rumah cuba membuat huru-hara dengan membakar suar dan membaling mercun ke dalam padang.

Malah, jaring di belakang gol menempatkan penyokong Hertha turut dibakar oleh penyokong Union.

Union Berlin yang baru dinaikkan ke Bundesliga meraih kemenangan perlawanan itu hasil sepakan penalti minit ke-90 menerusi Sebastian Polter.

Penyokong Union menghalang ultras Union daripada membuat kecoh. FOTO REUTERS
Penyokong Union menghalang ultras Union daripada membuat kecoh. FOTO REUTERS

Penjaga gol Union yang mengetuai pemain pasukannya, Rafal Gikiewicz terpaksa campur tangan menghalang penyokong mereka mengganggu penyokong pasukan pelawat.

Penyokong terbabit hadir di atas padang dengan kepala berlitup dan bertopeng dengan ada antaranya muka ditutup dengan kain warna merah dan putih.

Tindakan membakar suar menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan seketika kerana asap menyebabkan penglihatan terhad di kawasan Hertha.

Peminat Hertha kemudian turut membalas mercun selepas perlawanan tamat menyebabkan stadium hingar bingar dan bingit dengan pelbagai warna di tempat duduk penonton.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 November 2019 @ 8:57 PM
Gikiewicz (jersi hijau) terpaksa menenangkan ultras Union. FOTO EPA
Gikiewicz (jersi hijau) terpaksa menenangkan ultras Union. FOTO EPA