Pemain Schalke, Benito Raman (dua kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. FOTO EPA
Pemain Schalke, Benito Raman (dua kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. FOTO EPA
AFP

JARINGAN lewat Suat Serdar membantu kemenangan Schalke ke atas Union Berlin, 2-1 dan membawa pasukan kendalian David Wagner berada dalam kelompok teratas saingan Bundesliga Jerman, pagi ini.

Schalke kini mempunyai 25 mata selepas tujuh kemenangan musim ini dan bersaing dengan pendahulu liga, Borussia Moenchengladbach hanya perbezaan satu gol.

Pemain Union Berlin, Robert Andrich (kiri) dihalang pemain Schalke, Suat Serdar pada aksi Bundesliga Jerman. FOTO EPA
Pemain Union Berlin, Robert Andrich (kiri) dihalang pemain Schalke, Suat Serdar pada aksi Bundesliga Jerman. FOTO EPA

Serdar menjaringkan lima gol dalam kempen Bundesliga musim ini, melebihi jumlah jaringan dalam empat kempen sebelum ini.

Jaringan lewatnya terhasil selepas menerima hantaran bijak berpunca dari gerakan gandingan Ahmed Kutucu dan Amine Harit.

Union Berlin sudah memenangi empat daripada lima perlawanan terakhir mereka dan gagal memberi saingan ketika Benito Raman memastikan lawan berada di depan pada minit ke 23 untuk menewaskan Rafal Gikiewicz di gawang gol.

Begitupun, Union menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti disempurnakan Marcus Ingvartsen selepas 36 minit permainan berpunca daripada kekasaran dilakukan ke atas Robert Andrich.

Ketika perlawanan tampak berakhir seri namun Serdar memastikan gol kemenangan buat Schalke di penghujung babak perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 November 2019 @ 7:59 AM