WEISER (kiri) dan Ibisevic bantu Berlin benam Rostock.
WEISER (kiri) dan Ibisevic bantu Berlin benam Rostock.
Reuters

Hertha Berlin memerlukan gol lewat Mitchell Weiser dan Vedad Ibisevic sebelum mengatasi kelab divisyen tiga Hansa Rostock 2-0 di gelanggang lawan pada pusingan pertama Piala Jerman semalam ketika perlawanan itu terganggu berikutan masalah kekecohan penyokong.

Weiser memecah kebuntuan dengan rembatan kencang dari penjuru kotak penalti pada minit ke-88 selepas aksi dua kali tertangguh, termasuk sekali selama 15 minit pada babak kedua apabila penyokong Hertha menyalakan suar di bangku penonton dan membalingnya ke arah tempat penyokong tuan rumah.

Penyokong Rostock bertindak balas dengan membakar kain rentang Hertha dan satu ketika perlawanan itu dibimbangi akan dihentikan terus.

PENYOKONG Berlin menyalakan suar semasa aksi menentang Rostock.
PENYOKONG Berlin menyalakan suar semasa aksi menentang Rostock.

Ibisevic menampan masuk gol kedua Hertha pada masa kecederaan.

Pemain Schalke 04 dari Ukraine, Yevhen Konoplyanka turut menjaringkan dua gol lewat sekali gus menyelamatkan aib kelabnya ketika menang 2-0 ke atas kelab divisyen empat BFC Dynamo 2-0.

Penyandang juara Borussia Dortmund layak ke puisngan kedua Sabtu lalu selepas menang 4-0 ke atas kelab amatur Rielasingen-Arlen di laman lawan begitu juga Bayern Munich yang membelasah kelab divisyen tiga Chemnitz 5-0.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Ogos 2017 @ 8:59 AM