Harry Maguire menyelamatkan keadaan di depan pintu gol United. FOTO REUTERS
Harry Maguire menyelamatkan keadaan di depan pintu gol United. FOTO REUTERS
Lallana (tiga dari kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan Liverpool. FOTO REUTERS
Lallana (tiga dari kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan Liverpool. FOTO REUTERS
Reuters

MANCHESTER United menamatkan rekod 100 peratus Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dan rekod 17 kemenangan berturut-turut mereka selepas seri 1-1 di Old Trafford, malam tadi.

Bagaimanapun wujud kekecewaan buat skuad Ole Gunnar Solskjaer yang tidak memanfaatkan lima minit terakhir untuk mencipta kemenangan sebelum pemain gantian Liverpool Adam Lallana menolak masuk gol penyamaan buat pendahulu liga itu pada minit ke-85.

United mendahului menerusi jaringan Marcus Rashford m-36.

United kini masih belum tewas tujuh perlawanan di tempat sendiri menentang Liverpool.

Harry Maguire menyelamatkan keadaan di depan pintu gol United. FOTO REUTERS
Harry Maguire menyelamatkan keadaan di depan pintu gol United. FOTO REUTERS

Jurang Reds pula hanya enam mata di depan Manchester City selepas sembilan perlawanan.

Rashford menyudahkan bola hasil hantaran rendah Dan James selepas pemain pantas Wales itu melarikan bola dari arah kanan pintu gol Liverpool.

Gol itu juga turut dinilai semula menerusi video bantuan pengadil (VAR) dan dibenarkan biarpun Liverpool mendakwa Victor Lindelof mengasari Divock Origi sebelum gol itu dihasilkan.

Liverpool menyangka mereka menyamakan kedudukan dua minit sebelum separuh masa pertama berakhir selepas Sadio Mane mengenepikan cabaran Lindelof dan menolak masuk tetapi ulang tayang VAR mendapati bola terkena tangan pemain Senegal itu.

Skuad Juergen Klopp yang bergelut mendapatkan gol pendahuluan akhirnya menemui jaringan selepas Lallana menolak masuk bola hantaran rendah Andy Robertson.

Liverpool beraksi tanpa penyerang Mohamed Salah akibat kecederaan dan ketiadaan pemain Mesir itu begitu dirasai pada perlawanan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Oktober 2019 @ 2:21 AM