Oleh Saiful Affendy Sapran dan Khairil S Iswan dan Fadhli Ishak


PELUMBA Marc VDS, Franco Morbidelli (gambar) sah bergelar juara dunia kategori Moto2 meskipun belum bermulanya perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia petang ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Ini kerana, pencabar kejuaraan dari Switzerland, Thomas Luthi (CarXpert Interwetten) disahkan tidak cergas untuk berlumba hari ini selepas terjatuh pada sesi kelayakan semalam.

Memetik laporan laman daripada laman sesawang MotoGP, Luthi mengalami keretakan di buku lali kaki kirinya.

Morbidelli kini mengumpul 272 mata selepas 16 pusingan, lebih 29 mata berbanding Luthi yang mengumpul 243 mata.

Pelumba dari Itali itu akan bermula dari petak depan pada perlumbaan petang ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Oktober 2017 @ 1:13 PM