Marcos Garcia tiba di garis penamat. FOTO ASWADI ALIAS/NSTP
Marcos Garcia tiba di garis penamat. FOTO ASWADI ALIAS/NSTP
Azlan Muhammad Zain


PELUMBA Kinan Cycling Team, Marcos Garcia Fernandez menjuarai Peringkat 4 Tour of Peninsular (ToP) 2019, hari ini.

Pelumba dari Sepanyol berusia 33 tahun terbabit melintasi garisan penamat secara solo dengan mencatat masa dua jam 21 minit 12 saat dengan perlumbaan bermula di Sg Koyan sejauh 89.5km.

Tempat kedua diraih rakan sepasukannya, Thomas Lebas (2.22:02s) manakala Odie Purnomo Setiawan dari Pgn Road Cycling Team dengan masa 2.22:53s.

Kemenangan itu membolehkan dia merampas jersi kuning dari penyandang Nur Amirull Fakhruddin Mazuki dari Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG) dengan masa 13.39:41s.

Marcos Garcia (tengah) bersama Lebas (kiri) dan Odie Purnomo di podium Peringkat 4 Tour of Peninsular (ToP). NSTP/ASWADI ALIAS
Marcos Garcia (tengah) bersama Lebas (kiri) dan Odie Purnomo di podium Peringkat 4 Tour of Peninsular (ToP). NSTP/ASWADI ALIAS

Dia turut meraih jersi merah (kategori bukit) dengan 37 mata diikuti Lebas 35 mata.

Nur Amirull bagaimanapun masih bertahan dengan jersi pecut namun terikat 44 mata dengan pakar pecut Pro Touch, Rohan du Plooy.

Jersi pelumba terbaik Asia menjadi milik Igor Chzhan dari Vino Astana Motors dengan masq 13.42:43s.

Saingan Peringkat 5 dan terakhir akan diteruskan esok dari Kuala Lipis ke Setiawangsa sejauh 151.4km.

Perlumbaan ToP 2019 adalah berstatus 2.1 yang pertama di Malaysia dan disiarkan secara live streaming di You Tube.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 2:57 PM