Pemain Kedah, Renan Alves (kanan) menanduk bola ke gawang PKNS FC di Stadium Darul Aman. FOTO NSTP/SHARUL HAFIZ ZAM
Pemain Kedah, Renan Alves (kanan) menanduk bola ke gawang PKNS FC di Stadium Darul Aman. FOTO NSTP/SHARUL HAFIZ ZAM
Izzali Ismail


PENGENDALI PKNS FC, Datuk K Rajagobal menganggap hilang tiga mata kecundang 2-3 kepada Kedah pada saingan Kumpulan A Piala Malaysia di Alor Setar, malam tadi sukar diterima.

Ia kerana skuadnya dua kali mendahului skuad Lang Merah.

Pengendali berpengalaman itu kecewa benteng pertahanannya alpa disaat akhir perlawanan dan gagal mempertahankan kelebihan gol seawal babak pertama dan turut mendahului dengan gol kedua pada babak seterusnya.

"Kalau tengok keseluruhan perlawanan kita patut dapat tiga mata kerana kita bermain dengan baik dan sekurang-kurangnya kita boleh dapat satu mata.

"Kesilapan adalah dari ruang pertahanan. Saya beri arahan kepada pemain kerana tiada guna menyerang kerana beraksi di tempat lawan dan biarlah PKNS lebih disiplin.

Rajagobal mengakui selepas skuad Lang Merah mendapatkan gol, tahap keyakinan aksi tuan rumah meningkat melalui suntikan semangat untuk gol kemenangan.

"Sebab itu kita bawa masuk Tommy Mawat dan kita nak seorang pemain dapat memberi taktikal bertahan malangnya perkara itu tidak menjadi dan menerima padah pada penghujung permainan,” katanya.

Berkaitan peluang ke suku akhir, Rajagobal berkata skuad Semut Merah masih menaruh harapan pada baki dua lagi perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Ogos 2019 @ 2:18 PM