JIMENEZ (kanan) meraikan jaringan Wolves. FOTO Agensi
JIMENEZ (kanan) meraikan jaringan Wolves. FOTO Agensi
AFP

WOLVES semakin hampir untuk bersaing peringkat kumpulan Liga Europa buat pertama kali selepas dua gol Raul Jimenez membantu pasukan itu menewaskan kelab Armenia, Pyunik, 4-0 dalam aksi kelayakan awal pagi ini.

Barisan Wolves kendalian Nuno Espirito Santo yang mara ke peringkat kelayakan selepas penamat di tempat ketujuh dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu tampil sebagai kelab baru yang dinaikkan pangkat, tidak memberi peluang kepada tuan rumah di Yerevan.

Pemain sayap pertahanan Matt Doherty yang menjaring lapan gol musim lalu, menjaringkan gol pembukaan, sebelum Jimenez menjaring gol kedua tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Pemain antarabangsa Mexico, Jimenez mencetak gol keempat di peringkat kelayakan beberapa minit selepas perlawanan babak kedua bersambung, menjaringkan dua gol berdepan Crusaders pada pusingan sebelumnya.

Pemain yang baru ditandatangani Patrick Cutrone diberikan peluang tampil buat pertama kali sebagai pemain gantian di hujung babak permainan dan berjaya mendapatkan penalti pada masa kecederaan yang disempurnakan Ruben Neves untuk kemenangan selesa Wolves.

Wolves tewas kepada Tottenham pada final Piala UEFA 1972 dan beraksi buat pertama kali dalam kempen Eropah sejak 1980, mungkin berdepan pusingan playoff rumit menentang wakil Itali, Torino yang menewaskan kelab Belarus, Shakhtyor selepas berjaya menyingkirkan Pyunik.

Dalam pada itu, Astana menewaskan Valletta 5-1 di Kazakhstan dan wakil Portugal, Braga mencatat kemenangan ke atas Brondby, 4-2.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Ogos 2019 @ 10:02 AM