AKSI perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Wolves menentang Newcastle berakhir dengan keputusan seri 1-1. FOTO Reuters
AKSI perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Wolves menentang Newcastle berakhir dengan keputusan seri 1-1. FOTO Reuters
Reuters

PEMAIN pertahanan Willy Boly menanduk masuk gol penyamaan pada minit akhir permainan ketika Wolves mengikat Newcastle, 1-1 dalam perlawanan dramatik Liga Perdana Inggeris pagi ini.

Selepas mencatat tiga kemenangan penting, Wolves dilihat tidak mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan selepas Isaac Hayden meletakkan pelawat di depan selepas 11 minit aksi babak kedua permainan walaupun melakukan serangan balas namun gagal menggegar jaring gol.

Malam yang pasti menghantui penyerang Raul Jimenez yang mempunyai peluang menjaringkan gol pada separuh masa pertama namun tersasar dan tandukannya pada penghujung babak kedua turut gagal menggegar jaring.

Pemain yang mencatat rekod perpindahan Newcastle dan penyerang Paraguay Miguel Almiron yang menyertai pasukan itu dari Major League Soccer, Atlanta United mencetus kegembiraan kepada penyokong dengan penampilannya.

Kegembiraan itu bertukar kepada jeritan kemarahan penyokong selepas tamat permainan sejurus Boly menanduk masuk gol penyamaan menewaskan penjaga gol Newcastle Martin Dubravka.

“Semua orang mengetahui kita boleh memungut tiga mata, dan ia sangat mengecewakan dengan cara kami berikan dalam keputusan ini,” kata Pengurus Newcastle Rafael Benitez, sambil menambah pasukannya harus menghadapinya kerana membiarkan gol bola tinggi berkenaan ke dalam gol.

“Sesuatu yang harus kami lakukan adalah bertahan lebih baik dalam hantaran silang. Kami tahu itulah England dan pemain akan memberi tekanan kepada penjaga gol, dan dia perlu bersedia dengan cukup kuat.”

Keputusan seri menyaksikan Newcastle melonjak ke kedudukan ke-16 dengan 25 mata, di hadapan Cardiff City dengan perbezaan gol dan satu mata mengatasi pasukan di zon penyingkiran.

Wolves kekal di tanggan ke tujuh dengan 39 mata, 11 mata di belakang pasukan di tangga ke enam Chelsea.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Februari 2019 @ 8:34 AM