Raul Jimenez (tengah) terbaring di atas padang sementara menunggu rawatan pada aksi berdepan Arsenal. FOTO Agensi
Raul Jimenez (tengah) terbaring di atas padang sementara menunggu rawatan pada aksi berdepan Arsenal. FOTO Agensi
AFP

London: Raul Jimenez berkata dia berharap dapat kembali bermain bola sepak tidak lama lagi sekali pun penyerang Wolverhampton Wanderers itu mengalami kecederaan pada kepala selepas pertembungan ngeri dengan pemain Arsenal, David Luiz.

Pemain kebangsaan Mexico berusia 29 tahun mencatat menerusi Twitter dari katil hospital di mana dia berada di bawah pengawasan selepas menjalani pembedahan.

Jimenez menerima rawatan selama 10 minit di atas padang selepas bertembung pada kepala dalam babak pertama perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates semalam.

Dia kemudian dikejarkan ke hospital untuk menjalani rawatan lanjut.

"Terima kasih atas pesanan sokongan anda," ciapannya di Twitter.

"Saya akan berada di bawah pengawasan dan saya harap dapat kembali ke padang tidak lama lagi."

Wolves memenangi perlawanan itu 2-1 untuk kemenangan pertama mereka di Arsenal dalam tempoh 41 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2020 @ 10:58 PM