SKUAD hoki negara ketika menewaskan Jerman di Krefeld, awal pagi tadi. — FOTO Konfederasi Hoki Malaysia
SKUAD hoki negara ketika menewaskan Jerman di Krefeld, awal pagi tadi. — FOTO Konfederasi Hoki Malaysia
Saiful Affendy Sapran


KEJUTAN besar dilakukan skuad hoki lelaki negara apabila untuk kali pertamanya berjaya menewaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik serta juara dunia, Jerman pada perlawanan pertama siri jelajah Eropah awal pagi tadi.

Berlangsung di Krefeld, anak buah pengendali dari Belanda, Roelant Oltmans menewaskan Jerman 4-2.

Pakar pukulan sudut penalti negara, Razie Rahim menyumbang gol pertama pada minit keenam selepas tenang menyempurnakan penalti stroke sebelum penyerang sensasi, Faizal Saari mengukuhkan kedudukan dengan menambah gol kedua hasil gol padang pada minit ke-13.

Tom Grambusch merapatkan jurang buat Jerman pada minit ke-23 selepas menyempurnakan pukulan sudut penalti.

RAZIE (kiri) sumbang gol pertama Malaysian Tigers. — FOTO Asyraf Hamzah
RAZIE (kiri) sumbang gol pertama Malaysian Tigers. — FOTO Asyraf Hamzah

Penghujung perlawanan semakin rancak apabila Shahril Saabah menambah gol ketiga pada minit ke-53 menerusi pukulan sudut penalti sebelum Meor Azuan Hassan melengkapkan kemenangan bergaya skuad negara dengan gol keempat dua minit kemudian.

Timm Herzbruch menambah gol kedua untuk Jerman pada minit terakhir susulan pukulan sudut penalti.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Julai 2019 @ 7:52 AM