AKSI Lowry melakukan pukulan di lubang ke-17. - FOTO Reuters
AKSI Lowry melakukan pukulan di lubang ke-17. - FOTO Reuters
AFP

PEMAIN Ireland, Shane Lowry mencatat empat di bawah 67 bagi berkongsi kedudukan dengan pendahulu J.B. Holmes manakala juara 15 kejohanan utama, Tiger Woods dan pilihan awal kejohanan, Rory McIlroy terlepas cut di Terbuka British, awal pagi tadi.

Meneruskan permainan dengan catatan empat bawah, Lowry melakukan empat birdie di lima lubang pertama dan dua lagi di lubang kelapan dan 10.

Bagaimanapun, bogey di lubang ke-14 dan 18 menyebabkan dia terpaksa berkongsi kedudukan dengan pendahulu semalam, Holmes dengan catatan lapan bawah.

"Tidak banyak hari seperti ini di lapangan golf,” kata Lowry.

Holmes pula mengukuhkan penguasaan dengan mencatat tiga bawah. “ Anda boleh mendapat pusingan yang bagus pada hari itu jika semunya menjadi tetapi lebih baik jika mendapat dua pusingan berturut-turut. Ia memerlukan sedikit konsistensi,” kata pemain Amerika Syarikat itu.

McIlroy pula yang berdepan tugas sukar selepas prestasi hambar sebelum ini cuba kembali bangkit dengan enam di atas 65 tetapi terlepas cut dengan catatan satu atas.

"Saya rasa hari ini saya menunjukkan Rory McIlroy sebenar dan aksi golf permainan saya. Saya berusaha memberikan yang terbaik untuk penyokong tetapi gagal saat akhir," kata pemain nombor tiga dunia itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Julai 2019 @ 8:10 AM