VERRATI (kanan) beraksi 79 minit pada Sabtu lalu ketika PSG menentang Bordeaux.  FOTO/AFP
VERRATI (kanan) beraksi 79 minit pada Sabtu lalu ketika PSG menentang Bordeaux. FOTO/AFP
AFP

ROME: Pemain tengah Paris Saint-Germain, Marco Verratti diketepikan bagi aksi kelayakan Piala Dunia Itali menentang Macedonia di Turin minggu ini, umum persekutuan bola sepak Itali, semalam.

Jurulatih Giampiero Ventura memanggil pemain tengah Cagliari, Nicolo Barella menggantikannya bagi pertemuan pada 6 Oktober ini dan menentang Albania tiga hari kemudian, menurut persekutuan itu tanpa sebarang penjelasan lanjut.

Verratti beraksi 79 minit buat PSG Sabtu lalu sebelum digantikan ketika menang besar 6-2 ke atas pencabar Ligue 1, Bordeaux.

Itali di tangga kedua Kumpulan G di belakang Sepanyol dan dilihat pasti mara ke penentuan playoff untuk ke pusingan akhir Piala Dunia di Russia tahun depan.

Ventura turut memanggil penyerang Chievo, Roberto Inglese sekiranya pemain Torino, Andrea Belotti tidak boleh beraksi selepas cedera lutut ketika beraksi dalam Serie A hujung minggu lalu.

SKUAD ITALI

Penjaga gol: Gianluigi Buffon (Juventus), Gianluigi Donnarumma (AC Milan), Mattia Perin (Genoa)

Pertahanan: Davide Astori (Fiorentina), Andrea Barzagli (Juventus), Leonardo Bonucci (AC Milan), Giorgio Chiellini (Juventus), Danilo D’Ambrosio (Inter Milan), Matteo Darmian (Manchester United/ENG), Daniele Rugani (Juventus), Leonardo Spinazzola (Atalanta), Davide Zappacosta (Chelsea/ENG)

Tengah: Daniele De Rossi (AS Roma), Marco Parolo (Lazio), Lorenzo Pellegrini (AS Roma), Federico Bernardeschi (Juventus), Antonio Candreva (Inter Milan), Stephan El Shaarawy (AS Roma), Lorenzo Insigne (Napoli), Simone Verdi (Bologna)

Serangan: Andrea Belotti (Torino), Eder (Inter Milan), Manolo Gabbiadini (Southampton/ENG), Ciro Immobile (Lazio), Roberto Inglese (Chievo)

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Oktober 2017 @ 12:52 PM