GAYA Nomenjanahary  selepas menjaringkan gol pertama Madagascar . - FOTO Agensi
GAYA Nomenjanahary selepas menjaringkan gol pertama Madagascar . - FOTO Agensi
Reuters

MADAGASCAR mencipta salah satu keputusan paling mengejutkan dalam sejarah Piala Negara Afrika apabila menewaskan Nigeria 2-0 di Stadium Alexandria awal pagi tadi sekali gus menduduki tangga teratas Kumpulan B dan mara ke peringkat kalah mati.

Kesilapan memalukan pertahanan dan jaringan menerusi sepakan percuma membolehkan skuad kerdil itu yang tampil kali pertama kekal tanpa kalah mengatasi Nigeria dan Guinea dalam kedudukan kumpulan.

Lalaina Nomenjanahary memanfaatkan kealpaan pemain pertahanan Nigeria, Leon Balogun untuk jaringan pertama pada minit ke-13 sebelum Carolus Andriamahitsinoro menjaringkan gol kedua pada awal babak kedua.

Nigeria salah satu daripada lima pasukan Afrika yang beraksi di Piala Dunia lalu menang dua aksi pertama mereka namun mempamerkan aksi hambar ketika menentang Madagascar dan perlu memulihkan kembali semangat mereka selepas kekalahan memalukan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2019 @ 7:57 AM