NIGERIA menyenaraikan bekas bintang Chelsea, John Obi Mikel dalam senarai 25 pemain skuad itu bagi saingan Piala Negara-Negara Afrika bulan depan.
Mikel pemain tengah yang kini beraksi bersama Middlesborough, kali terakhir bermain untuk Nigeria pada Piala Dunia Russia 2018 dan terlepas siri kelayakan bagi Piala Afrika 2019.
Pemain Leicester City, Kelechi Iheanacho dan pemain muda Villarreal, Samuel Chukwueze turut disenarai dalam skuad yang menjadi kejohanan Afrika pilihan kedua selain Piala Dunia bawah 20 tahun FIFA di Poland.
Jurulatih Gernot Rohr dan skuad berkenaan dijangka berkumpul serta memulakan latihan pada 2 Jun sebagai persediaan menyertai perlawanan persahabatan pra-kejohanan menentang Zimbabwe pada 8 Jun sebelum berlepas ke Mesir sehari kemudian.
The Super Eagles akan berpangkalan di kem latihan mereka di bandar Ismailia dan dijangka berdepan skuad di ranking nombor satu Afrika - Senegal pada perlawanan terakhir persahabatan pra-kejohanan pada 16 Jun.
Nigeria diundi bertemu Burundi, Guinea dan Madagascar dalam kumpulan B bagi saingan Piala Negara-Negera Afrika yang memulakan sepak mula pada 21 Jun depan.
Senarai 25 pemain Nigeria :
Penjaga gol: Francis Uzoho (Anorthosis Famagusta/CYP), Ikechukwu Ezenwa (Katsina United), Daniel Akpeyi (Kaizer Chiefs/RSA)
Pertahanan: Olaoluwa Aina (Torino FC/ITA), Abdullahi Shehu (Bursaspor FC/TUR), Chidozie Awaziem (Caykur Rizespor/TUR), William Ekong (Udinese FC/ITA), Leon Balogun (Brighton & Hove Albion/ENG), Kenneth Omeruo (CD Leganes/SPA), Jamilu Collins (SC Padeborn 07/JER), Semi Ajayi (Rotherham United/ENG)
Tengah: John Obi Mikel (Middlesbrough FC/ENG), Wilfred Ndidi (Leicester City/ENG), Oghenekaro Etebo (Stoke City/ENG), John Ogu (Hapoel Be'er Sheva/ISR)
Penyerang: Ahmed Musa (Al Nassar FC/KSA), Victor Osimhen (Royal Charleroi SC/BEL), Moses Simon (Levante FC/ESP), Henry Onyekuru (Galatasaray SK/TUR), Odion Ighalo (Shanghai Shenhua/CHN), Alexander Iwobi (Arsenal FC/ENG), Samuel Kalu (Bordeaux/FRA), Paul Onuachu (FC Midtjyland/DEN), Kelechi Iheanacho (Leicester City/ENG), Samuel Chukwueze (Villarreal/SPA)
Senarai menunggu: Theophilus Afelokhai (Enyimba FC), Bryan Idowu (Lokomotiv Moscow/RUS), Ikouwem Utin (Enyimba FC), Mikel Agu (Vitoria Setubal/POR), Junior Ajayi (Al Ahly/EGY), Valentine Ozornwafor (Enyimba FC)