Naby Keita menjaringkan gol pembukaan Liverpool. FOTO Reuters.
Naby Keita menjaringkan gol pembukaan Liverpool. FOTO Reuters.
AFP

JURGEN Klopp memuji persembahan ‘menakjubkan’ Liverpool dalam mengejar kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas kembali berada di kedudukan teratas liga susulan kemenangan 5-0 ke atas, Huddersfield hari ini.

Skuad kendalian Klopp menjaringkan gol terpantas pasukan itu dalam liga menerusi Naby Keita selepas 15 saat beraksi di Anfield.

Sadio Mane dan Mohamed Salah masing-masing menjaringkan dua gol untuk memastikan kemenangan selesa ke atas pasukan yang tersingkir dari liga musim depan, Huddersfield.

Ia adalah reaksi sempurna kepada Manchester City yang mencatat kemenangan ke atas Manchester United, yang menyaksikan pasukan bimbingan Pep Guardiola mengambil alih sementara kedudukan pendahulu liga di atas Liverpool, Rabu lalu.

City, kini dua mata di belakang Liverpool, skuad itu dijangka mampu menduduki semula puncak liga jika mencatat kemenangan ke atas Burnley esok, namun Klopp memuji usaha dilakukan pemainnya dalam memberi tekanan kepada pasukan penyandang juara itu.

Pengurus Liverpool, Juergen Klopp meraikan kejayaan pasukannya. FOTO Reuters.
Pengurus Liverpool, Juergen Klopp meraikan kejayaan pasukannya. FOTO Reuters.

“Kami gembira dengan mata yang diperolehi dan kami kini memberi tumpuan pada perlawanan berikutnya,” kata Klopp.

“Pendekatan kami ternyata berhasil dan kami akan cuba memberi banyak masalah kepada lawan dengan berusaha lebih keras.

“Ia sememangnya kelompok pemain yang menyerlah, beraksi baik menentang Huddersfield yang mempamerkan persembahan baik di sebalik kekalahan itu.

“Mereka melancarkan serangan balas yang baik jadi kami perlu berhati-hati dan kami berjaya menjaringkan gol menarik.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2019 @ 9:22 AM