Raileanu (tengah) bersama pelumba Pasukan Hengxiang Cycling Team, Zheng Zhang (dua kanan) dan  Dominic Perez (dua kiri). FOTO NSTP/ASWADI ALIAS.
Raileanu (tengah) bersama pelumba Pasukan Hengxiang Cycling Team, Zheng Zhang (dua kanan) dan Dominic Perez (dua kiri). FOTO NSTP/ASWADI ALIAS.
Ferzalfie Fauzi


TEAM Sapura Cycling (TSC) terus menguasai perlumbaan edisi sulung Tour de Iskandar Johor (TdIJ) apabila dua pelumba mereka berjaya mengungguli peringkat kedua dari Muar ke Yong Peng, hari ini.

Pelumba pasukan itu, Christian Raileanu berjaya muncul juara perlumbaan sejauh 172.4 kilometer namun rakan sepasukannya yang menduduki tempat keempat berjaya merampas kedudukan pendahulu keseluruhan (jersi biru).

Jersi pendahulu diraih oleh pelumba XSpeed United Continental, Ryan Roth, selaku juara peringkat pertama namun pelumba berusia 36 tahun itu hanya dapat mengekalkan jersi putih (Raja Pecut).

Raileanu tiba di garisan penamat. FOTO ASWADI ALIAS
Raileanu tiba di garisan penamat. FOTO ASWADI ALIAS

Jersi merah selaku Raja Bukit milik Dominic Perez (Pasukan 7Eleven Cliqq-Air21) manakala jersi hitam selaku pelumba muda terbaik diraih Shaiful Adlan Shukri, juga dari TSC.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 April 2019 @ 5:04 PM