Aksi pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne. FOTO Reuters.
Aksi pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne. FOTO Reuters.
Reuters

PEMAIN tengah Manchester City, Kevin De Bruyne berkata, dia tidak pasti sama ada dapat kembali pada prestasi terbaiknya selepas kecederaan yang dialami membataskan aksi pada musim ini sekali gus membantu pasukan mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Pemain berusia 27 tahun itu berdepan dua kecederaan lutut pada permulaan musim dan dibelenggu kecederaan hamsting sehingga membataskan aksinya dengan hanya sembilan perlawanan liga musim ini tatkala City dalam misi mencipta sejarah tersendiri merangkul empat piala.

Pemain Belgium itu adalah antara pemain pilihan untuk memenangi anugerah pemain terbaik tahunan musim lalu, dengan lapan gol dan 16 membantu gerakan menghasilkan gol ketika kempen juara liga bersama City.

De Bruyne bagaimana hanya menjaringkan dua gol di peringkat liga musim ini.

“Saya tidak tahu di mana tahap yang saya kejar namun untuk berlaku adil saya tidak mempedulikannya,” kata De Bruyne kepada media.

De Bruyne (dua kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika perlawanan menentang Cardiff, Khamis lalu. FOTO AFP.
De Bruyne (dua kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika perlawanan menentang Cardiff, Khamis lalu. FOTO AFP.

“Sekarang musim liga sudah semakin berada di penghujung, saya hanya perlu melakukan apa yang perlu untuk memastikan pasukan kami menang perlawanan.

“Dalam kata lain mungkin beraksi dalam semua baki lima atau 10 perlawanan. Beginilah cara untuk musim ini. Ia sangat menyeronokkan. Dipenghujungnya mungkin kami hilang semuanya tetapi setidak-tidaknya kami berada dalam peringkat ini.”

De Bruyne berkata tempoh untuk pulih dari kecederaan membataskan aksi selama lebih 19 minggu musim ini lebih sukar daripada beraksi di dalam padang bersama City.

“Saya rasakan kadang kala tempoh musim beraksi saya dua kali ganda lebih panjang daripada pemain lain disebabkan kamu perlu bersedia, kamu perlu lebih masa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 April 2019 @ 8:29 PM