Pemain Barcelona Luis Suarez meraikan jaringan ketika pasukan itu menewaskan Real Madrid, di stadium Santiago Bernabeu. FOTO EPA.
Pemain Barcelona Luis Suarez meraikan jaringan ketika pasukan itu menewaskan Real Madrid, di stadium Santiago Bernabeu. FOTO EPA.
Reuters

LUIS Suarez menyifatkan Barcelona antara kelab yang mempunyai reputasi sejarah tersendiri memiliki pelbagai trofi dan kejayaan selepas dia menjaringkan dua gol ketika menewaskan lawan Real Madrid, 3-0 untuk melangkah ke final trofi Piala Raja Sepanyol buat musim keenam berturut-turut.

Barca memenangi empat edisi kejohanan sebelum ini tetapi jurulatih Ernesto Valverde banyak melakukan penggiliran pemain pada musim untuk saingan liga dan pasukan itu terpaksa bangkit daripada kekalahan pada perlawanan pertama kepada Levante dan Sevilla untuk mara ke separuh akhir.

Selepas aksi kurang meyakinkan pada separuh masa pertama di Santiago Bernabeu di mana Madrid terlepas beberapa peluang keemasan menjaringkan gol, Barca tampil dengan gerakan kemas untuk meninggalkan gelanggang musuh hasil kemenangan menerusi agregate 4-1.

“Kamu harus membangkitkan suasana reputasi kelab ini, kerana ia adalah antara terbaik di dunia dan keseluruhannya kami lakukan pada malam ini,” kata Suarez.

“Ini adalah salah satu demostrasi bagaimana bagusnya kelab ini. Orang asyik bercakap mengenai bagaimana kami tidak mempedulikan mengenai piala ini, namun kami tunjukkan kami sentiasa mahu menang pada setiap trofi yang disertai.

“Kami tahu kehadiran kami ke Bernabeu mungkin sukar namun kami sedar kami berpeluang untuk beraksi sekali lagi di final.”

Aksi jurulatih Real Madrid, Santiago Solari (kanan) dan jurulatih Barcelona Ernesto Valverde (kiri). FOTO AFP.
Aksi jurulatih Real Madrid, Santiago Solari (kanan) dan jurulatih Barcelona Ernesto Valverde (kiri). FOTO AFP.

Valverde mengakui pasukannya beberapa kali berada di belakang namun bangkit pada masanya untuk mencatat kemenangan.

Barca sebelum ini terikat tanpa jaringan dalam saingan Liga Juara-Juara di Lyon.

“Ia bukan menjadi persoalan buat kami, kami sedar mengenai perkara itu, tapi kami menjaringkan gol tiga gol tanpa mencipta banyak peluang. Kadang kala ia menjadi sebaliknya,” katanya.

“Kadang kala bola sepak sedikit rawak. Di Lyon, kami mempunyai 25 peluang menjaringkan gol namun gagal menyempurnakannya dan orang bercakap kami dilanda krisis.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Februari 2019 @ 8:37 AM