Pemain Barcelona Lionel Messi (kiri) melepasi halangan pemain Rayo Vallecano Santi Comesana dalam aksi La Liga di Stadium Camp Nou. FOTO AFP.
Pemain Barcelona Lionel Messi (kiri) melepasi halangan pemain Rayo Vallecano Santi Comesana dalam aksi La Liga di Stadium Camp Nou. FOTO AFP.
Reuters

LIONEL Messi membantu mencipta jaringan dan kemudian menjaringkan satu gol ketika Barcelona bangkit dari ketinggalan kepada Rayo Vallecano 3-1 di gelanggang sendiri dan kekal mendahului dengan tujuh mata di persada La Liga.

Rayo, yang kini mencatat kekalahan ke-12 bertemu Barca, melakukan kejutan melalui gol awal pada pertengahan babak pertama menerusi jaringan penyerang Raul de Thomas.

De Thomas pemain yang dipinjamkan dari Real Madrid, melepasi dua pertahanan Barca sebelum melepaskan rembatan untuk menghasilkan gol.

Kedudukan itu tidak kekal lama apabila sepakan percuma yang diambil Messi membolehkan Gerard Pique menyamakan kedudukan kira-kira 15 minit sebelum berakhir babak pertama permainan.

Barca memperolehi sepakan penalti di awal babak kedua perlawanan bersambung selepas Luis Suarez dikasari dan Messi yang mengambil sepakan itu memastikan pasukannya di depan.

Sebelum penyerang Uruguay, Suarez memastikan tiga mata penuh pasukan itu menerusi jaringan mudah pada minit ke-82.

Jurulatih Ernesto Valverde memulakan perlawanan itu tanpa Ousmane Dembele dan Ivan Rakitic di kesebelasan utama sebagai persediaan pasukan itu berhadapan Lyon dalam kelompok 16 terakhir saingan Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mac 2019 @ 9:36 AM