MESSI dan Dembele meraikan kemenangan bersama rakan sepasukan. FOTO/AFP
MESSI dan Dembele meraikan kemenangan bersama rakan sepasukan. FOTO/AFP
Reuters

BARCELONA: Pemain Barcelona Ousmane Dembele dan Lionel Messi masing-masing menepati sasaran ketika membantu juara bertahan Piala Raja Sepanyol itu menewaskan Levante 3-0 di Nou Camp dan kemenangan agregat 4-2 untuk mara ke suku akhir.

Bagaimanapun, status Barca dalam kejohanan yang dimenangi mereka sejak empat tahun lalu kini samar selepas Levante sebelum perlawanan berkata mereka akan membuat bantahan kepada Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF) berkenaan kelab Catalan itu.

Levante mendakwa pertahanan muda Barcelona Chumi Brandariz yang beraksi pada perlawanan pertama kelompok 16 terakhir, tidak boleh diturunkan kerana dalam penggantungan.

Jika keputusan RFEF tidak berpihak kepada kelab Catalan itu, juara 30 kali Piala Raja Sepanyol berkenaan mungkin akan disingkirkan dan Levante diberi laluan ke suku akhir menggantikan Barca.

DEMBELE (kiri) ketika menjaringkan gol Barca. FOTO/AFP
DEMBELE (kiri) ketika menjaringkan gol Barca. FOTO/AFP

Dengan Barca ketinggalan 2-1 daripada perlawanan pertama, pengendalinya Ernesto Valverde melakukan lima pertukaran dan menyenaraikan semula penjaring terbanyak kelab, Messi selain Jordi Alba dan Ivan Rakitic manakala penyerang utama Luis Suarez bermula di bangku simpanan.

Barcelona bermula cemerlang dan mendahului permainan pada minit ke-30 menerusi Dembele yang memanfaatkan hantaran Messi. Kurang seminit kemudian, penyerang Perancis itu meledak lagi, juga hasil hantaran Messi sebelum bintang Argentina itu memastikan kemenangan pada minit ke-34.

Nasib Barca di kejohanan itu hanya akan diketahui selepas RFEF membuat keputusan ke atas bantahan yang akan dibuat Levante.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 January 2019 @ 9:26 AM