PIQUE (tengah) melepasi pertahanan Espanyol. FOTO/AFP
PIQUE (tengah) melepasi pertahanan Espanyol. FOTO/AFP
AFP

MADRID: Gerard Pique memastikan Barcelona mencatat seri 1-1 berdepan musuh setempat Espanyol awal pagi tadi dan mengekalkan rekod tanpa kalah mereka manakala Atletico Madrid mengatasi Valencia untuk merapatkan jurang dengan pendahulu kepada sembilan mata.

Anak buah Ernesto Valverde nyaris mencatat kekalahan pertama liga musim ini apabila Gerard Moreno meletakkan tuan rumah di depan pada separuh masa kedua, namun bek tengah Pique menyambut sepakan sudut Lionel Messi pada minit ke-82 untuk meraih satu mata.

Barcelona kini sembilan mata di puncak liga berbanding Atletico Madrid, yang menewaskan pasukan di tangga ketiga Valencia 1-0 di Wanda Metropolitano.

Pertembungan dua kelab Catalan itu berlangsung dalam cuaca hujan dan Valverde mengecam keadaan padang yang berbahaya itu.

“Biarpun hujan, kami sangka padang itu mampu bertahan namun apabila melihat rumput mudah tercabut, padang itu menjadi begitu berbahaya,” kata jurulatih Barcelona itu.

“Ketika pertahanan melakukan hantaran bola melekat di becak dan itu sebabnya ia menjadi begitu sukar.

COUTINHO (tengah) masih bergelut untuk menjaringkan gol. FOTO/AFP
COUTINHO (tengah) masih bergelut untuk menjaringkan gol. FOTO/AFP

“Kami cukup hargai keputusan seri ini, kerana ia sukar diperolehi disebabkan senario ini dan memandangkan ia perlawanan setempat, kami tidak mahu kalah.”

Juara Eropah lima kali itu mencatat rekod baru kelab dengan 22 perlawanan tanpa kalah dan masih memburu gelaran La Liga, Piala Raja Sepanyol dan Liga Juara-Juara.

“Kami masih di atas sana. Keadaan tidak memihak kami mahu pun mereka tetapi ia perlawanan yang menghiburkan,” kata kapten Barca Andres Iniesta.

Mereka ternyata jauh dari tahap terbaik ketika berdepan kedegilan Espanyol yang dengan satu mata itu membolehkan kelab itu berada lapan mata dari zon penyingkiran biarpun Philippe Coutinho hampir menjaringkan gol pertamanya sejak meninggalkan Liverpool bulan lalu apabila percubaannya terkena palang pada separuh masa pertama.

Juara bertahan Real Madrid semakin jauh tercicir dengan 19 mata di belakang Barca apabila mensia-siakan dua gol awal untuk seri 2-2 dengan Levante semalam.

MESSI (kanan) dikekang hebat pertahanan lawan. FOTO/AFP
MESSI (kanan) dikekang hebat pertahanan lawan. FOTO/AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Februari 2018 @ 8:36 AM