KOLAROV (dua dari kanan) jaring gol penyamaan buat Roma. -Foto Reuters
KOLAROV (dua dari kanan) jaring gol penyamaan buat Roma. -Foto Reuters
AFP

 

MILAN: Roma bangkit mencatat keputusan seri 2-2 sekali gus menghalang Inter Milan daripada berada di kedudukan kedua Serie A dalam perlawanan yang berlangsung di Stadio Olimpico, awal pagi tadi.

Keita Balde menjaringkan gol pendahuluan pada babak pertama tetapi Roma yang dilanda kemelut kecederaan berjaya menyamakan kedudukan melalui Cendiz Under sejurus selepas rehat.

Tandukan kapten Mauro Icardi pada miniti ke-66 menggembirakan penyokong tuan rumah namun tidak bertahan lama apabila Aleksandar Kolarov menyamakan kedudukan hasil jaringan penalti tujuh minit kemudian bagi memastikan satu mata dibawa peluang pelawat.

Roma yang mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara walaupun tewas kepada Real Madrid di Stadio Olimpico hanya menang satu daripada enam perlawanan liga mereka.

Inter  yang tewas kepada Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu lalu  kekal di tempat ketiga, biarpun mempunyai 29 mata yang sama dengan pasukan di tempat kedua, Napoli yang bakal ke Atlanta dalam saingan awal pagi esok.

“Ia perlawanan sangat menghiburkan dan saya rasa kedua-dua pasukan memperoleh mata berharga,” kata jurulatih Inter, Luciono Spalletti.

“Ia menunjukkan kami berada di laluan yang betul dan kami perlu perbaiki kelemahan.”

Juara bertahan, Juventus mendahului dengan 11 mata ke atas Napoli selepas menewaskan Fiorentina 3-0 semalam dengan Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ke-10 dalam 14 perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Disember 2018 @ 8:33 AM