HENDERSON (kiri) berebut bola dengan pemain PSG, Dani Alves pada perlawanan di Parc des Princes, Paris, yang menyaksikan PSG menang 2-1. FOTO Reuters.
HENDERSON (kiri) berebut bola dengan pemain PSG, Dani Alves pada perlawanan di Parc des Princes, Paris, yang menyaksikan PSG menang 2-1. FOTO Reuters.
AFP

LONDON: Jordan Henderson berkata, Liverpool masih mampu menentukan nasib sendiri dalam Liga Juara-Juara dengan menewaskan Napoli di Anfield selepas kekalahan mengecewakan 2-1 kepada Paris Saint-Germain, awal pagi hari ini.

Juan Bernat dan Neymar menjaringkan gol bagi membolehkan PSG mengawal babak pertama di ibu negara Perancis itu, tetapi penalti James Milner pada babak kedua memastikan perlawanan kekal seimbang sebelum wisel penamat.

Liverpool ditewaskan dalam setiap perlawanan di tempat lawan bagi lima perlawanan terakhir Liga Juara-Juara mereka dan kini berdepan kemungkinan terlepas slot ke pusingan kalah mati hanya enam bulan selepas mara ke final menentang Real Madrid.

Napoli menewaskan Red Star Belgrade 3-1 pada Rabu dan Liverpool perlu memenangi perlawanan dengan perbezaan dua gol atau pun 1-0 di laman sendiri kepada pasukan Itali itu dalam masa dua minggu lagi untuk mara.

“Kami kecewa kerana rasakan kami cukup bagus ke sini dan menang,” kata kapten Liverpool, Henderson.

“Ia bukan malam kami di akhirnya, tetapi kami memperoleh suntikan di separuh masa perlawanan dan kami meneruskannya. Kini kami hanya perlu menentukan nasib kami dengan menang semula di Anfield.

“Kami mempunyai perlawanan besar di Anfield dan kami boleh melaluinya untuk ke pusingan seterusnya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 November 2018 @ 6:33 PM